Mengambil peluang tersebut, pemilik Fit24 Studio, Norhayati Alias menganjurkan program Zumba 3 Jam Tanpa Henti di Indera Sempurna Resort di sini baru-baru ini yang menggabungkan teknik senaman dan tarian dalam satu gerakan.

Katanya, seramai 220 peserta terlibat yang mana penganjurannya juga bertujuan mengumpul dana untuk diserahkan kepada golongan asnaf.

“Trend gaya hidup sihat yang semakin popular terutama dalam kalangan penduduk di bandar mendorong warganya termasuk wanita menyertai pelbagai program berbentuk riadah seperti berzumba pada hujung minggu.

“Senaman Zumba meng­ga­bung­kan 40 peratus elemen kecergasan, 30 peratus tarian dan 30 peratus pergerakan aerobik bagi memastikan seseorang itu menggunakan sepenuhnya tenaga dalam badan untuk melawan graviti,” katanya selepas program tersebut.

Menurut Norhayati, zumba juga dapat membantu dalam memberi keseimbangan dan koordinasi pada badan.

“Zumba bukan sekadar perge­rakan untuk mengeluarkan peluh semata-mata sebaliknya dium­pamakan sebagai sisi perubahan dari dalam dan luar badan.

“Peserta seronok mengikuti kelas tersebut kerana bukan sahaja dapat menjaga kesihatan malah berpeluang bergaul de­ngan para peserta lain,” katanya.