Malah, kelab tersebut memperoleh pencapaian yang cukup membanggakan apabila seorang pemainnya, Che Muhammad Syahmi Che Suhaimi (gambar), 11, dari Pandan Damai 1 di sini dipilih ke Barcelona, Sepanyol menerusi program Klinik Juara Milo.

Jurulatih PDSK, Syukrillah Ghazali berkata, PDSK bertuah kerana daripada 70 peserta yang menyertai program Klinik Juara Milo pada Julai lalu, pemain kelab tersebut dipilih ke Barcelona.

“Pemilihan Che Muhammad Syahmi dibuat oleh ikon program Klinik Juara Milo, Azman Adnan yang merupakan bekas pemain kebangsaan dan Sela­ngor,” ka­tanya di sini baru-baru ini.

Syukrillah berkata, Che Muhammad Syahmi akan Barcelona pada 2 November ini bersama 24 pemain lain dari seluruh negara yang turut terpilih menerusi program berkenaan.

“Pencapaian ini juga merupakan suatu yang membanggakan bagi penduduk Pandai Damai 1 kerana Che Muhammad Syahmi merupakan pemain yang menyertai PDSK sejak kelab ini ditubuhkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Che Muhammad Syahmi berterima kasih kepada Milo dan Azman yang memilihnya ke Barcelona.

“Ini pastinya pengalaman berharga yang saya akan manfaatkan sebaik mungkin untuk terus memperkemaskan permainan saya,” katanya.