Setiausaha MDR, Mohd. Pauzi Abu Hussaini berkata, tindakan tegas iaitu membatalkan permit perniagaan di pekan sehari dalam kalangan peniaga yang ingkar termasuk menyita kenderaan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan.

MOHD. PAU ZI ABU HUSSAINI
MOHD. PAU ZI ABU HUSSAINI 

“Tindakan tegas ini akan diambil selepas nasihat dan amaran tidak diendahkan oleh peniaga di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pemilik kediaman menyimpan barang tertentu yang mengundang pencemaran.

“Aktiviti pembuangan sampah bukan sahaja mencemarkan persekitaran bandar malah mengganggu penduduk setempat terma­suk halangan lalu lintas,” katanya selepas menyerahkan beg plastik sampah percuma kepada peniaga pekan sehari dan premis di bandar ini semalam.

Sempena kempen kebersihan bandar dan penguatkuasaan bermula minggu lepas itu, beliau menyerahkan sebanyak 500 beg plastik kepada peniaga pekan sehari di bandar ini.

Mohd. Pauzi berkata, MDR bertegas terhadap peniaga pekan sehari berkenaan ke­rana sebelum ini banyak berlaku rungutan orang ramai berikutan kecuaian mereka membiarkan sampah-sarap di tempat jualan sekali gus menyumbang kepada pencemaran serta ketidakselesaan pengunjung.

“Usaha ini selaras dengan hasrat MDR untuk mewujudkan bandar Raub bersih dan selamat serta selesa bagi pengunjung,” katanya.