Dalam lawatan tersebut, beliau turut beramah mesra dengan warga Tadika Kemas di kem berkenaan selain pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Adnan menyifatkan sambutan yang diberikan warga Pangkalan Udara Kuantan menggalakan sekali gus dapat mengukuhkan hubungan antara satu sama lain.

“Di kem ini turut terdapat Pusat Dalam Komuniti (PDK) yang menempatkan anak-anak istimewa. Kita mungkin selama ini ingat hanya ada TUDM dalam kem tetap turut ada kemudahan lain.

“Saya turut meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk Tabung Kebajikan TUDM Kuantan dan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi seorang guru di tadika berkenaan yang dilanda musibah iaitu rumahnya terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita ketika lawatan tersebut.

Yang turut hadir Komander Pangkalan TUDM, Kolonel Wan Amin Wan Mahmud. - UTUSAN ONLINE