Kegembiraan jelas tergambar di wajah mereka sebaik sahaja tiba di Kedai Step Bandar Tun Razak Jengka di sini untuk memilih kasut raya yang diinginkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, para penerima sumbangan itu terdiri daripada anak yatim yang berusia 12 tahun ke bawah.

“Kasut baharu adalah keperluan bagi kanak-kanak kerana ia sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka untuk menggayakannya pada hari raya.

“Saya sendiri semasa kanak-kanak sangat teruja mendapat kasut baharu dibelikan ayah menjelang hari raya,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan. - UTUSAN ONLINE