Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Muszaidi Musa berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.

“Kebanyakan rumah terjejas di bahagian bumbung dan rosak akibat ditimpa pokok yang tumbang.

“Kawasan terlibat ialah di Taman Saga sebanyak 64 buah rumah, Taman Rimba (empat rumah),

Taman Sri Layang (dua rumah) dan masing-masing sebuah rumah di Bukit Kelulut serta Taman Desa Bakti,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE