Penganjuran acara itu adalah sempena Pesta Konvokesyen UMP kali ke-12 yang berlangsung tiga hari mulai 17 November ini.


Penganjuran kali kedua dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia itu bermula pada pukul 8.30 pagi.


Pelepasan acara larian santai itu disempurnakan oleh Pengarah UMP Holdings, Syed Mohamad Hamzah Al-Junid Syed Abdul Rahman; Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Noor Zuli Ramli; Pengetua Kolej Kediaman Kelima UMP, Dr. Siti Rabiatul Aisha Idris dan Penasihat Genesis UMP, Nasrul Salim Pakeri.


Penyertaan dibahagikan kepada enam kategori dengan hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM300 dan piala, tempat kedua wang tunai RM200 dan piala, ketiga (RM100 dan piala) manakala keempat dan kelima menerima RM50 dan piala. - UTUSAN ONLINE