Pelancaran gotong-royong perdana itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Tabika Kemas Batu Luas di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, program itu bertujuan menanam nilai kebersihan dalam kalangan anak-anak Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas.

“Dahulu, dalam pelancaran gotong-royong hanya melibatkan anak-anak sahaja tetapi kali ini kita turut melibatkan ibu bapa yang sama-sama terlibat dalam aktiviti ini.

“Kita hendak apabila anak-anak ini melihat ibu bapa mereka melakukan kerja pembersihan, ia akan merangsang anak-anak ini terlibat dalam program kebersihan di tadika dan taska,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin. - UTUSAN ONLINE