Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

303 Orang Asli terima dividen RM1.08 juta daripada RISDA

Shahiruddin Ab. Moin (empat dari kanan)  diiringi Ali Sabuddin
Shahiruddin Ab. Moin (empat dari kanan) diiringi Ali Sabuddin Ab. Samad (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek dividen RISDA kepada wakil masyarakat Orang Asli di Dewan Terbuka Pasir Bayam, Raub, Pahang, semalam.

RAUB 6 Feb. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan sebanyak RM1.08 juta bayaran dividen kepada 303 peserta masyarakat Orang Asli di daerah ini sepanjang tahun ini.

Pengarah RISDA negeri, Ali Sabuddin Ab. Samad berkata, peruntukan berkenaan akan disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun ini kepada kese­mua peserta terlibat.

“Bulan ini, kita memperuntukkan sebanyak RM121,000 untuk diagihkan kepada 303 peserta Orang Asli dengan purata RM400 setiap orang.

“Kita berharap dividen yang disalurkan ini dapat membantu masyarakat Orang Asli dan digunakan sebaik mungkin bagi keper­luan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Kasih Pekebun dan Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Pasir Bayam di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin.

Seramai 303 Orang Asli daripada lima kawasan perkampungan menerima dividen dengan purata RM400 seorang.

Pada majlis itu, RISDA turut menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal dan pelajar-pelajar miskin.

Menurut Ali Sabuddin, mereka menjadi peserta RISDA pertama di negeri ini menerima bayaran dividen pada tahun ini.

Katanya, bayaran dividen dilakukan secara berperingkat di setiap daerah melibatkan kira-kira 8,600 peserta di seluruh nege­ri.

“Dividen yang diperuntukkan ini dibayar sepanjang tahun dan ia tidak termasuk bonus sekiranya hasil dan pendapatan me­ningkat.

“Dengan trend kenaikan harga getah pada masa ini, kita berharap jumlah hasil bertambah seterus­nya meningkatkan jumlah dividen kepada peserta terlibat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain