Program anjuran Pergerakan Wanita UMNO Kuantan itu melibatkan 250 murid dan pelajar dari sekitar Parlimen ini yang dibawa membeli sepasang pakaian sera­gam, beg, stoking serta kasut sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kuantan, Datuk Zaiton Mat berkata, para penerima bantuan itu terdiri daripada anak yatim dan keluarga miskin yang mana pemilihan mereka dibuat mengikut cawangan-cawangan UMNO di dalam bahagian tersebut.

“Program ini dijayakan dengan kerjasama rakan penaja daripada syarikat swasta. Ia adalah antara usaha kami bagi memastikan murid dan pelajar daripada golongan kurang berkemampuan dapat memasuki musim baharu sekolah dengan lebih ceria.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2018 dengan kelengkapan persekolahan mencukupi,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Yang hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.

Zaiton berharap inisiatif murni itu dapat diperluas dan dilaksanakan secara berterusan dengan menarik penglibatan pelbagai pihak supaya prihatin dengan nasib murid dan pelajar yang kurang berkemampuan untuk membuat persedia­an bagi sesi persekolahan baharu.

Sementara itu, Wan Adnan berkata, program pemberian bantuan yang dijalankan oleh UMNO Bahagian Kuantan menerusi kerjasama sayap-sayap parti berkenaan diadakan secara berterusan demi memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.