Ketua kumpulan pendaki berkenaan, Ibrahim Chan berkata, pendakian melalui Chamang di sini melibatkan peserta dari negeri ini, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Kesemua peserta yang kali pertama mendaki gunung ber­kenaan memulakan pendakian pada pukul 1.18 pagi dan sampai ke puncak pada pukul 9.20 pagi.

“Cabaran dalam pendakian ini adalah trek panjang dan pendakian awal pagi dalam keadaan yang gelap memerlukan stamina serta persediaan mental yang kuat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pendakian yang tidak melibatkan aktiviti perkhemahan itu mengambil masa 15 jam melibatkan lapan jam pendakian dan tujuh jam untuk turun.

Katanya, meskipun penat, kesemua peserta seronok dan berpuas hati kerana dapat menawan gunung berkenaan dan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Kami akan meneruskan aktiviti pendakian melibatkan pelbagai kelab dari semasa ke semasa ke pelbagai tempat yang mempunyai cabaran berbeza,” katanya.