Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.


Yang hadir sama Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri,  Datuk Seri Abu Bakar Harun.


Adnan dalam ucapannya berkata, suratan hak milik itu merupakan usaha kerajaan melalui Felda bagi membela nasib orang Melayu.


“Ia juga membuktikan kerajaan mengotakan janjinya kepada peneroka Felda,” katanya. - UTUSAN ONLINE