Pegawai Pertahanan Awam daerah, Mohd. Zulkhairi Adek Awang berkata, banjir kilat yang berpunca limpahan air Sungai Gementi itu menjejaskan 17 keluarga di Kampung Gementi, Kampung Ketari dan Kampung Batu 3.

“Hujan lebat berterusan selama dua jam bermula pukul 3 petang ini menyebabkan air sungai melimpah sehingga setinggi 0.3 meter.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang dipindahkan setakat ini dan operasi pembersihan sedang giat dijalankan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE