Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kesemua mereka dikatakan memasuki hutan tersebut untuk memancing dan melakukan aktiviti rekreasi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sejak pagi,” katanya di sini hari ini.

Azry Akmar berkata, empat pegawai dan 25 anggota terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai operasi berkenaan. - UTUSAN ONLINE