Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

14 keluarga tinggal sehelai sepinggang

14 keluarga tinggal sehelai sepinggang
KEADAAN rumah kongsi yang musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 5 Jalan Mentakab-Karak di Temerloh, Pahang hari ini.

KUANTAN 18 Mac - Seramai 14 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila 16 rumah kongsi musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 5 Jalan Mentakab-Karak, Temerloh dekat sini hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Tajudden Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.48 pagi dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, 16 unit daripada keseluruhan 20 unit rumah kongsi di situ didapati terbakar dan kami berjaya mengawal api supaya tidak merebak ke empat buah rumah lagi.

"Kami juga mendapati dua rumah daripada 16 rumah yang musnah terbakar merupakan rumah kosong," katanya di sini hari ini.

Tajudden berkata, seorang lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 50-an cedera di bahagian muka kerana cuba menyelamatkan barangannya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain