Program yang dianjurkan oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kecil Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) itu diadakan selama tiga hari dua malam yang melibatkan 40 kenderaan pacuan empat roda (4x4).

Pengerusinya, Datin Rohani Mohamed  berkata, program tanggungjawab sosial korporat itu bertujuan mendekati masyarakat Orang Asli dengan pelbagai aktiviti dijalankan.

"Program kali pertama yang dianjurkan ini menyasarkan secara khusus seramai 314 ketua isi rumah dan 168 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kampung berkenaan.

"Kita juga ingin membantu meningkatkan kesedaran mereka terhadap aspek pendidikan, kesihatan, kebersihan dan teknologi semasa kepada masyarakat Orang Asli," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pelepasan konvoi berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Teknikal JPPK, Zailan Ab. Rahman. - UTUSAN ONLINE