Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan persekolahan itu merupakan sumbangan tahunan sebagai pendekatan terbaik mengurangkan beban rakyat.

“Sumbangan ini diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik dan bertambah setiap tahun.

“Pada 2015, sebanyak 5,000 penerima dan meningkat kepada 7,500 orang pada tahun lalu. Insya-Allah kita akan cuba beri lebih lagi pada masa akan datang dalam usaha membela kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Persekolahan 2018 Parlimen Bera dan Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE