Tarikan utama bufet hotel itu kali ini adalah kibas golek yang pasti memberi kelainan dalam memenuhi selera pelanggan ketika berbuka puasa.

Bufet yang bermula sejak awal Ramadan lalu ditawarkan pada harga berpatutan iaitu RM58 bagi dewasa dan masing-masing RM29.50 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Pelanggan yang berbelanja di hotel berkenaan juga turut menyumbang melalui sumbangan derma kepada program kebajikan, 'Food for Needy' kepada rumah anak yatim yang dikendalikan oleh hotel berkenaan.

Klana Beach Resort menyediakan penginapan berharga RM138 satu malam untuk seorang bersama pakej berbuka dan sahur. Bayaran RM60 dikenakan untuk tambahan seorang dewasa dan RM50 bagi seorang kanak-kanak.

Turut disediakan pakej seminar berharga RM155 dan RM120 yang meliputi penginapan dua hari satu malam, bilik mesyuarat dan seminar, pakej berbuka, kudapan malam dan sahur.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 06-648 7888 atau 016-6617025 (Nuura); 016-6619030 (Alin) dan 06-6619050 (Misraini). - UTUSAN ONLINE