Penganugerahan tersebut sekali gus menjadikan Noor A­ziah, 56, sebagai wanita pertama yang menerima anugerah itu di negeri ini.

Noor Aziah ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut meskipun apa yang dilakukan kerana kerjaya.

“Penghargaan ini menjadi satu tanggungjawab dan perangsang untuk saya meneruskan usaha dalam bidang yang diceburi.

“Ketika ini juga, saya sedang dalam proses untuk menganjurkan Anugerah Keluarga Mithali di bawah Yadim dan dijangka akan berlangsung pada November ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Sambutan Maal Hijrah Pe-ringkat Negeri di Masjid Negeri di sini.

Hadiah dan cenderahati di-sampaikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Mufti Negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Selain memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam, beliau juga merupakan Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dilahirkan pada 23 Mei 1961 di Nilai, Noor Azlina merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik.

“Walaupun ibu seorang yang buta huruf, ia bukan penghalang buat kedua ibu bapa saya memberikan pendidikan yang terbaik.

“Ayah merupakan seorang imam manakala ibu hanya suri rumah dan tanpa mereka, saya tidak akan berada di sini hari ini,” ujarnya.