Lebih 1,500 peserta mengambil bahagian dalam acara itu di Pantai Peranginan Negara Port Dickson dekat sini.

Acara itu dianjurkan oleh Kum­pulan Hotel Avillion bersama DRB-Hicom Bhd., Bank Muamalat (Malaysia) Bhd. dan Pos Laju dengan akhbar Utusan Malaysia bertindak sebagai rakan media program tersebut.

Para perserta terdiri daripada rakyat tempatan dan asing termasuk selebriti tempatan antaranya Sarah Lian, Yusry dan Lisa Surihani, Joe Flizzow, Amy Search dan Deborah Henry.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid turut mengambil bahagian.

ACR 17 menawarkan tiga ka­tegori kayuhan iaitu Fun Ride sejauh 25 kilometer (km), Scenic Ride (90 km) dan Endurance Ride (160 km).

Kayuhan bermula dan ber­akhir di Avillion Admiral Cove Port Dickson.

Acara itu melibatkan basikal dalam semua kategori termasuk road bikes, mountain bikes dan folding bikes.

Pengarah Kumpulan Hotel A­­villion, Amirul Baharom berkata, Avillion sangat berbangga menjadi penganjur dan hos acara berbasikal itu yang melibatkan ramai penunggang dari pelbagai disiplin, kerakyatan, kaum dan kerjaya.

Katanya, sebagai sebaha­gian daripada falsafah kerja dan jenama hotel tersebut, pihak­nya menganjurkan keseimba­ngan yang baik antara masa yang digunakan untuk bekerja dan ­be­­­r­iadah dengan mengekalkan gaya hidup sihat.

“Sukan boleh membuat kita kuat, sihat dan mengajar kita untuk menerima kekalahan dan meraikan kemenangan.

“Oleh itu, kami bekerja secara aktif untuk mempromosikan percutian dengan aktiviti sukan luaran di sini,” katanya.

Pelepasan acara itu di­sem­purnakan oleh Pengerusi Ja­watankuasa Bertindak Pe­lancongan negeri, Datuk Tun­­ Hairudin Abu Bakar di pekarangan hotel Avillion Port Dickson di sini kira-kira pukul 7 pagi.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perban­daran Port Dickson, Zamri Mat Kasim; Pengerusi Re­liance Pacific Bhd., Tan Sri Dr. Samsudin Hitam dan Pengarah Urusan Re­liance Pacific Bhd., See Ah Sing.