Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Datuk Seri Zain Al-’Abidin.

Ketibaan Tuanku Muhriz ke majlis itu yang bermula sejak pukul 2 petang disambut oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun dan isteri.

Yang turut hadir Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman dan Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Lebih 20,000 tetamu menghadiri majlis berkenaan.

Pelbagai hidangan disediakan untuk para tetamu antaranya lemang, ketupat, lemang, sate, kambing golek dan kuih-muih.

Sementara itu, Aminuddin ketika ditemui berkata, beliau berasa terharu dan gembira dengan kehadiran tetamu yang di luar jangkaan.

Katanya, walaupun kali pertama kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) mengadakan majlis itu, ia mendapat sambutan daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk ketua-ketua jabatan, badan bukan kerajaan (NGO) serta kakitangan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program sambutan raya Aidilfitri peringkat negeri ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE