Dua buah sekolah yang turut menerima manfaat dari syarikat utiliti itu ialah Sekolah Mene­ngah Agama Repah di Tampin dan SK Kampung Sawah di Port Dickson.

Ketiga-tiga sekolah itu turut menerima sumbangan dalam bentuk Program Pembangunan Klinik Hoki Remaja Negara.

Pengurus Besar TNB Ne­geri Sembilan, Wan Ishak Soed berkata, program tersebut dapat membantu menggilap bakat murid sekolah dalam permainan hoki sebagai perintis ke arah menjadi pemain hoki negara suatu hari nanti.

“TNB melaksanakan program sekolah angkat sukan hoki bagi memberikan latihan secara berkala oleh jurulatih TNB Thunderbolts terdiri daripada anggota kerja TNB yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik.

“Pendedahan ini diharap dapat mencetuskan semangat yang tinggi dalam bidang sukan hoki khasnya serta memberi minat yang mendalam dalam apa sahaja sukan yang diceburi,” katanya.