Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak merokok, BMI syarat terima anugerah cemerlang

SEREMBAN 18 Mei - Tidak merokok dan memiliki berat badan seimbang mungkin dijadikan antara kriteria dalam memilih penjawat awam yang layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di negeri ini.

DATUK SERI MOHAMAD HASAN
DATUK SERI MOHAMAD HASAN

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika memberi cadangan itu berkata, syarat seumpama itu menepati konsep pekerja cemerlang yang bukan sahaja mampu menjalankan tugas dengan baik malah menjadi contoh kepada rakan setugas.


“(Pemberian) anugerah cemerlang adalah hak kerajaan negeri dan untuk tidak dilihat menindas atau tidak adil, kita kena letak peraturan sedemikian. 


“Kita mahu mereka yang dipilih adalah yang bekerja dengan baik dan dapat menjadi contoh (dengan tidak merokok). Kita juga boleh letak BMI (indeks jisim badan) ideal sebagai syarat kerana kita mahu penjawat awam sihat dan cergas,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Anugerah Medan Selera Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.


Yang turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali.


Mohamad juga menegur sikap segelintir penjawat awam yang merokok di Wisma Negeri di sini walaupun bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain