Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Syarikat korporat diminta tidak lupa jasa bekas anggota tentera

Mohamad HASAN (tengah) bersama wakil penyumbang dalam majlis makan
MOHAMAD HASAN (tengah) bersama wakil penyumbang dalam majlis makan malam amal sempena Kempen Tabung Pahlawan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban. UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 20 April – Syarikat-syarikat korporat diseru supaya menghulurkan sumbangan kepada Tabung Pahlawan sebagai menghargai jasa perajurit yang berkorban demi keamanan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tabung itu yang ditubuhkan sejak tahun 50-an adalah untuk kebajikan bekas tentera, balu, keluarga serta veteran yang cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Saya ingin mengingatkan go­longan korporat bahawa kemajuan perniagaan mereka sehingga ada yang mencapai tahap antarabangsa pada hari ini adalah hasil perjuangan anggota keselamatan yang sentiasa menjaga keselamatan negara.

“Marilah kita bersama-sama menyumbang kepada tabung itu, jangan sampai kita terpaksa merayu untuk sumbangan kerana tabung tersebut adalah untuk kegunaan dan kebajikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam amal sempena Kempen Tabung Pahlawan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia negeri (PVATM) di Klana Resort di sini.

Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Yang Dipertua PVATM, Mejar (B) Datuk Sazali Ismail.

Pada majlis itu, Mohamad turut mengumumkan bantuan sebanyak RM200,000 untuk Tabung Pahlawan dan PVATM.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain