Jurutera Daerah JPS Shaiful Zakuan Mohamad berkata kerja-kerja itu akan mula dijalankan bermula esok dengan kos yang terlibat dianggarkan RM20,000.

"Punca banjir di perkampungan ini disebabkan adanya halangan di dalam sungai seperti sampah sarap, pokok tumbang menyebabkan aliran tidak lancar dan apabila hujan lebat, air melimpah ke kawasan perumahan.

"Kerja-kerja pembersihan dan pembesaran ini melibatkan kawasan sepanjang 2 kilometer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sungai Bemban di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Ketua PKR Cabang Rembau, Dr S. Streram.

Sementara itu, Dr Streram yang juga merupakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Rantau berkata banjir di kawasan itu telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu dan tahun 2016 adalah yang paling serius.


"Di kawasan ini kalau berlaku banjir, boleh dikatakan 10 buah rumah akan terjejas, air naik sehingga paras pinggang, bagaimana penduduk dapat hidup dengan selesa kalau hujan sahaja banjir. Terbaru banjir pada minggu lepas.


"Masalah banjir harus diselesaikan kerana orang bayar cukai tanah, cukai taksiran tetapi kalau bila berlaku banjir dan tidak diatasi, apa yang boleh kita tolong rakyat?, katanya. - BERNAMA