L. MANICKAM

Ahli Dewan Unda­ngan Negeri Je­ram Pa­dang, Datuk L. Ma­­nickam berkata, ma­salah tersebut bertambah serius ekoran saliran yang ada di sekitar kawasan ber-kenaan agak sempit.

“Sistem saliran yang ada di kampung itu perlu dinaik taraf dan kita akan mengkaji­nya secara mendalam termasuk melihat kos yang diperlukan bagi kerja-kerja naik taraf dan baik pulih.

“Bagaimanapun, penduduk jangan bimbang kerana isu ini akan diberi keutamaan dan diselesaikan segera. Kita sememangnya memandang serius kejadian banjir kilat ini kerana boleh membahayakan nyawa penduduk jika tidak diatasi,” katanya.

Beliau mengulas masalah banjir kilat di Kampung Baru Rompin yang menjejaskan kediaman enam penduduk di kawasan berkenaan minggu lalu.

Kejadian berlaku ekoran hujan lebat dan air naik mendadak sehingga menyebabkan penduduk mengalami kerugian ekoran perabot dan peralatan elektrik milik mereka mengalami kerosakan.

Menurut Manickam, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi menangani isu tersebut dengan segera dan memastikan kejadian berkenaan tidak berulang lagi.