Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, penutupan itu bagi membolehkan latihan perbarisan, raptai penuh dan hari kemuncak sambutan dilaksanakan di kawasan padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini.

Katanya, penutupan itu akan dilakukan pada esok dan Rabu ini masing-masing mulai pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 6 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat ini.

“Jalan yang terlibat ialah Jalan Yam Tuan, Jalan Berhala @ Kuil, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, Jalan Dato’ Lee Fong Yee, Jalan Tunku Hassan, Jalan Lee Kee Siong, Jalan Dato’ Hamzah dan Lorong Khalsa.

“Para pengguna jalan raya yang ingin memasuki pusat bandar boleh melalui jalan seperti Jalan Tuanku Antah, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Sungai Ujong, Jalan Tuanku Munawir, Jalan Tunku Hassan, Jalan Dr. Ismail, Jalan Kapitan Tam Yong, Jalan Leftenan Adnan, Jalan Dato’ Abdul Malek, Jalan Kebun Bunga, Jalan Haji Said dan Jalan Dato’ Siamang Gagap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal atau memasuki pusat bandar Seremban selepas masa yang telah ditetapkan itu. - UTUSAN ONLINE