Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa berkata, demi memberikan kemudahan terbaik kepada pembayar zakat, pihaknya akan membuka kaunter pada setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan nanti.

“Pembukaan kaunter setiap hari itu adalah untuk memudahkan umat Islam menunaikan pembayaran zakat fitrah dan zakat harta sepanjang Ramadan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azmi memberitahu, waktu urusan kaunter bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang, manakala waktu urusan bagi hari kerja biasa adalah dari pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Orang ramai juga diingatkan supaya menunaikan zakat harta dan fitrah kepada amil-amil dilantik dan memiliki kad tauliah serta berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai amil PZNS. - UTUSAN ONLINE