Ketua Kluster Pengajian Etika Profesional dan Integriti Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Menteri Besar, Aminuddin Harun di pejabat beliau di Wisma Negeri di sini.

Razali yang berasal dari Bahau memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menjadi Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohd. Khidir Majid, 46, mengangkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Negeri.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Johani Hassan juga berkuat kuasa hari ini.

Pada majlis tersebut, Mokhtar Ahmad mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar. - UTUSAN ONLINE