Pengetuanya, Sabuddin Sani berkata menerusi program ‘Coffee Break’ tahun ketiga itu, pihak PIBG menyediakan minuman seperti air zam-zam, kopi serta makanan ringan termasuk roti, kek dan vitamin untuk mengelak pelajar lapar semasa peperiksaan. 


“Istimewanya, program ini dijalankan oleh ibu bapa yang datang menjadi sukarelawan untuk mengagihkan makanan dan minuman kepada pelajar sepanjang sembilan hari peperiksaan,” katanya ketika ditemui pada hari terakhir peperiksaan di sini hari ini.


Tambahnya, sebanyak RM22,000 berjaya dikumpul bagi menjayakan program itu yang dilihat menjadi platform memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan sekolah. 


Beliau berkata, seramai 119 calon menduduki peperiksaan di sekolah itu pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE