Namun berita mengenai pengliba-tan penduduk Kampung Orang Asli Langkap, Dangi dekat sini dalam sebuah teater yang berjudul ‘Asal’ mampu memberi sedikit gambaran mengenai komitmen mereka dalam menjayakan sesebuah karya yang telah dipertanggungjawabkan kepada golongan tersebut.

Mengetengahkan keunikan etnik Orang Asli suku Temuan serta perjalanan mereka dalam mencari Tuhan, teater tersebut yang akan dipentaskan tidak lama lagi bakal memberi inspirasi kepada penonton yang menghayati jalan pence-ritaannya.

Pengarah ‘Asal’, Mohd. Shafri Othman berkata, memilih etnik daripada suku Temuan sebagai penggerak utama dalam pence-ritaannya bukan sesuatu yang mudah kerana teater yang tidak menggunakan sebarang dialog antara pelakon itu menuntut konsentrasi tinggi daripada setiap pelakon yang terlibat.

“Melibatkan Orang Asli dalam sesuatu karya seni persembahan adalah sesuatu yang bukan mudah, malah memerlukan semangat tinggi serta fikiran positif, lebih-lebih lagi objektif utamanya adalah untuk menyebarkan dakwah.

“Penglibatan mereka dalam tea-ter ini secara tidak langsung merupakan antara pendekatan yang kami gunakan untuk berkongsi maklumat supaya budaya hidup Islam dapat dipraktik dan dihayati oleh mereka yang bukan beragama Islam khususnya.

“Jika dilihat dari aspek lain, seni persembahan ini dapat menyatukan bangsa dengan menggunakan pendekatan lakonan selain membawa mereka bersaing dengan berani dalam meluahkan rasa sayang dan cinta terhadap bangsa dan budaya,” katanya yang ditemui ketika sesi latihan teater ‘Asal’ di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Shafri, pemilihan masyarakat Orang Asli di Ne-geri Sembilan dalam menjayakan teater tersebut dilihat bersesuaian serta bertepatan dengan objektif ‘Asal’ menerusi penglibatan golongan tersebut dalam pelantikan undang Luak yang relevan dengan Adat Perpatih di negeri ini.

Katanya, golongan Orang Asli di sini mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat di negeri ini, sekali gus memainkan peranan penting dalam institusi sejarah serta buda-yanya.

Bercerita lanjut mengenai teater tersebut, Mohd. Shafri memberitahu, seramai 22 Orang Asli Kampung Langkap, Dangi berumur antara 6 hingga 65 tahun terlibat dalam tea-ter yang mempunyai lapan babak survival manusia sejak lahir.

“Asal menceritakan bagaimana seorang manusia itu mengharungi pancaroba hidup yang tiada jalan lain selain bergantung kepada Yang Maha Esa sebelum kembali ke tempat asalnya.

“Turut dipaparkan manerusi lapan babak itu adalah paradok hitam dan putih, lurus dan dangkal, benar dan khilaf, pesona dan mungkar serta hidup dan mati yang menjadi persoalan dalam kehidupan setiap manusia.

“Kesemua babak tersebut ‘lari’ dari kebiasaan karya Orang Asli sebelum ini yang digarap penuh bersahaja tanpa peralatan sokongan (prop) mewah dan hanya menggunakan muzik latar yang mampu memberi impak mengagumkan,” katanya.

Selain daripada itu, teater tersebut juga menggunakan alat muzik tradisional Orang Asli iaitu kongkong yang terdiri daripada kayu serta buluh dan dimainkan oleh kumpulan kebudayaan Orang Asli Kampung Langkap Dangi.

Teater yang bakal dipentaskan pada November itu nanti mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Dakwah Islamiah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Syarikat Patungpatung Network and Servis.

‘Asal’ yang menjadi perantara kepada pembangunan dakwah dan modal insan masyarakat Orang Asli itu bakal dipentaskan di Dectar, UKM Bangi.