Malah, beliau meminta supaya restoran yang didapati tidak mematuhi peraturan kebersihan ditutup bagi tempoh lebih panjang bagi memberi ke-sedaran kepada pemiliknya.

“Tindakan tutup dua minggu yang dikenakan terhadap premis makanan yang didapati kotor adalah terlalu ringan, sepatutnya sebulan.

“Itu pandangan saya kerana pihak berkuasa se­ring kali memberi notis amaran supaya mengutamakan kebersihan tetapi masih ada lagi restoran yang degil,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai 27 premis makanan di daerah ini yang didapati kotor telah diarah ditutup selama dua minggu bermula Khamis lalu.

Tindakan itu dikeluarkan susulan operasi bersepadu premis makanan bersih yang dijalankan oleh jabatan itu di 59 premis makanan kategori restoran di sekitar daerah ini.

Mengulas lanjut, Mohamad menasihatkan mereka yang menjalankan perniagaan makanan supaya sentiasa mengutamakan makanan bermutu dan bersih untuk dijual kepada pelanggan.

Beliau berkata, premis yang kotor akan menyebabkan makanan tercemar seterusnya mendatangkan masalah kepada pe-langgan.

“Ini terutamanya melibatkan restoran yang menggunakan khid­mat pekerja warga asing. Mereka ini membawa budaya dari negara mereka iaitu budaya yang tidak mementingkan kebersihan ke negara ini.

“Kita tidak boleh bertolak-ansur dalam isu restoran kotor dan ini perlu ditangani dengan lebih serius bagi menjaga kepentingan orang ramai,” katanya.