Tinjauan Utusan Malaysiamendapati penjaja yang terjejas menjual makanan, pakaian, bu­nga dan barangan lain manakala aktiviti perniagaan menjual barangan basah dan sayur-sayuran di tingkat bawah berjalan seperti biasa.

Namun, kebanyakan penjaja menjalankan perniagaan terpaksa menggunakan lilin dan lampu suluh berikutan bekalan elektrik ke premis itu dihentikan atas sebab keselamatan.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 7 malam semalam, hampir keseluruhan tingkat atas bangunan pasar itu musnah dalam kebakaran yang dipercayai bermula di bahagian tengah aras tersebut.

Sementara itu, Pengarah Ja­batan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian itu.

“Sehingga kini, pasukan bomba menggunakan dua anjing Unit Pengesan (K9) untuk membantu siasatan kebakaran yang berlaku.

Bagaimanapun, peniaga di ti­ngkat bawah dibenarkan berope­rasi seperti biasa.

“Kira-kira pukul 1 petang tadi (semalam), pihak bomba telah membenarkan para penjaja untuk masuk ke premis mereka untuk mengambil barangan yang terselamat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.