Pada persidangan tersebut, jawatan Timbalan Speaker disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, M. Ravi.

Sebelum ini, jawatan Speaker disandang ADUN Kota, Datuk Dr. Awaludin Said manakala jawatan Timbalan Speaker baru diwujudkan bagi penggal ini.

Zulkefly merupakan satu-satunya nama yang dicadangkan Menteri Besar, Aminuddin Harun untuk jawatan itu yang kemudiannya disokong ADUN Bahau, Teoh Kok Seong.

Selain itu, 16 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 20 ADUN Pakatan Harapan (PH) turut mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini.

Sementara itu, sidang DUN kali ini merupakan yang pertama BN bertindak sebagai pembangkang selepas kejayaan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 , Mei lalu. - UTUSAN ONLINE