Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, keseluruhan murid dan pelajar dari Tahun Satu sehingga tingkatan 6 Atas termasuk Kolej Vokasional di Negeri Sembilan adalah seramai 166,739 orang.

“Terdapat 475 buah sekolah di negeri ini iaitu 350 buah sekolah rendah dan 125 buah sekolah menengah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dusun Nyior di sini hari ini.

DR. MOHAMAD RAFIE AB. MALEK (tengah) bertanyakan sesuatu kepada seorang murid Tahun Satu sambil dip
DR. MOHAMAD RAFIE AB. MALEK (tengah)  bertanyakan sesuatu kepada seorang murid Tahun Satu sambil diperhatikan Pkharuddin Ghazali (kiri) semasa hari pertama persekolahan di SK Taman Dusun Nyior, Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN. 

Yang turut hadir Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali; Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Rodiah Md. Jan dan Guru Besar SK Taman Dusun Nyior, Kamaruddin Abu Hassan.

Menurut Mohamad Rafie, jumlah guru di negeri ini seramai 15,764 orang membabitkan 9,547 guru sekolah rendah dan 6,217 guru sekolah menengah.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat sebuah sekolah kurang murid di negeri ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ulu Kanchong, Rantau dekat sini.

Katanya, sekolah itu hanya mempunyai empat orang murid dengan 11 orang guru akan dipindahkan ke Forest Height di sini apabila pembinaan sekolah baharu di situ siap pada tahun 2020. - UTUSAN ONLINE