AZHAM SHAH AZLAN
AZHAM SHAH AZLAN

Pelajar berusia 15 tahun itu ditemukan oleh petugas Jabatan Kecemasan Hospital Jempol yang datang ke sekolah itu selepas menerima panggilan mengatakan terdapat seorang pelajar pengsan.

Apabila tiba di sekolah itu, petugas berkenaan mendapati seorang pelajar dalam keadaan terbaring di dalam surau dan terdapat seorang bayi perempuan di atas dadanya.

Remaja dan bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Jempol di sini untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azham Shah Azlan mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sekolah itu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE