Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek (PH-Ampangan) berkata, daripada jumlah itu, RM1.1 bilion adalah sumbangan pelaburan asing manakala bakinya sebanyak RM500,000 adalah pelaburan tempatan.

“Sebanyak 20 projek yang diluluskan ini bakal menawarkan kira-kira 1,661 peluang pekerjaan di negeri ini," katanya menjawab pertanyaan P. Gunasekaran (PH-Seremban Jaya) dalam Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Mohamad Rafie berkata, kerajaan negeri juga sedang meneliti permohonan daripada beberapa pelabur baharu tempatan dan luar negara yang berminat untuk menjalankan perusahaan di negeri ini. UTUSAN ONLINE.