Menurut peniaga muda itu, dia memilih konsep tersebut bagi memudahkan pelanggan yang tidak sempat memasak atau mem­beli hidangan di bazar.

Di bawah label ‘Jelita’, dia menawarkan pelbagai menu antaranya nasi kerabu, nasi ayam hainan, nasi tomato, nasi Arab, kuih-muih dan murtabak maggi yang dimasaknya sendiri.

“Setiap hari saya membuat menu yang berbeza. Dengan cara ini pelanggan boleh bertukar-tukar selera dan mempunyai ba­nyak pilihan untuk berbuka puasa,” katanya di sini baru-baru ini.

Dengan menggunakan slogan ‘Anda Tempah dan Kami Hantar’, kawasan penghantaran meliputi Bahau, Batu Kikir dan bandar Seri Jempol.

“Saya menyasarkan pekerja awam dan swasta yang mungkin kepenatan selepas habis bekerja untuk ke bazar atau menyediakan juadah berbuka,” katanya.

Ujarnya, walaupun baru ber­niaga, dia mendapat tem­pahan yang menggalakkan antara 20 hingga 30 bungkusan makanan setiap hari de­ngan Nasi Kerabu Jelita me­nerima sambutan kebanyakan pelanggan.

Harga makanan ditetapkan dari RM5 hingga RM10 dan orang ramai boleh membuat tempahan melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-684­6­840.