Menurut Norjinda Mohd. Danial, 39, dia membuka dua akaun simpanan berjumlah RM1,000 dan RM500 untuk anaknya, Kamal Irfan Aqeef Kamal Rashdi, 7, yang merupakan murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) King George V, Ampangan di sini.

“Apabila menerima panggilan daripada PTPTN baru-baru ini memaklumkan tentang kemenangan dalam cabutan bertuah, saya pada mulanya menyangka ia adalah sindiket penipuan.

“Saya telah menghubungi ibu pejabat PTPTN negeri dan mereka mengesahkan bahawa akaun tersebut dipilih sebagai pemenang wang tunai RM10,000,” katanya selepas majlis penyampaian Cabutan WOW! 20 tahun PTPTN bulan September di SK King George V di sini.

Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd. Khalid. - UTUSAN ONLINE