Ahli Majlis MPS, Datuk David Choong Vee Hing berkata, pihak­nya telah dimaklumkan me­ngenai masalah itu menerusi aduan yang diterima daripada penduduk.

Katanya, pihaknya a­kan berunding dengan pemilik premis yang meletakkan kenderaan secara berlapis sehingga mengganggu orang ramai melalui jalan di situ.

“Kita akan berunding dengan pemilik premis dan memberi tempoh selama dua minggu un­tuk membersihkan kereta atau membiarkan kumpulan penarik kereta MPS menguruskannya.

“Kereta tersebut akan diletakkan di stor penyimpanan di Galena Industrial Park di sini,” katanya di sini.

Ujarnya, bagi isu sam­pah pula, beliau akan berhubung de­ngan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk me­ngutip barang-barang yang dibuang di kawasan terbabit.