Yang Dipertua MPS, Datuk Zazali Salahudin berkata, pihaknya menyedari masalah berkenaan dan akan cuba mencari penyelesaian terbaik.

“Pada masa ini kami sedang mencari peruntukan untuk membaik pulih jalan di kawasan itu.

“Mungkin kami akan berusaha dapatkan peruntukan daripada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau mengulas rintihan pengguna kenderaan ekoran Jalan Sikamat di sini sempit dan tidak sesuai bagi menampung jumlah kenderaan yang meningkat setiap hari.

Keadaan trafik yang sesak turut mengundang bahaya kepada pelajar dari tiga buah sekolah yang menggunakan laluan berkenaan.

Tiga buah sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah, SMK Dato’ Haji Mohd. Redza dan Sekolah Menengah Sains Seremban.

Sementara itu, Zazali tidak menjelaskan berapa jumlah peruntukan yang diperlukan bagi menaik taraf jalan terbabit.

Beliau meminta orang ramai supaya bersabar dengan situa­si di jalan tersebut dan berjanji masalah tersebut akan cuba di­selesaikan.