Yang Dipertua MPPD, Zamri Mat Kasim berkata, agihan yang dilakukan di hadapan bangunan MPPD itu bertujuan mewujudkan semangat muhibah dalam kalangan warga kerja MPPD, pihak hotel dan masyarakat setempat.

“Program tanggungjawab sosial korporat ini bukanlah kali pertama dianjurkan, malah saban tahun aktiviti ini dijalankan bagi merebut fadilat bulan Ra­madan supaya bersedekah.

“Dalam masa yang sama, program dapat merapatkan ukhwah sesama umat selain tanda ingatan dan menghargai hubungan baik antara agensi kerajaan, swasta dan orang ramai,” katanya.
Yang turut hadir Pengurus Glory Beach Resort, P. Subramaniam.

Bubur lambuk tersebut dimasak oleh cef berpengalaman dari hotel itu dan diedarkan bersama warga MPPD dan kakitangan Glory Beach Resort.