Persidangan itu disertai sebanyak 36 wakil dari setiap DUN bersama 30 anggota yang dilantik dari pelbagai sektor profesional.

Yang turut hadir Speaker DUN, Datuk Dr. Awaludin Said; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sukan, Belia dan Modal Insan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Azura Sarbin.

DUN Belia Negeri Sembilan adalah salah satu landasan bagi belia menyuarakan pandangan serta idea untuk dijadikan sesuatu dasar yang memberi manfaat kepada generasi muda. - UTUSAN ONLINE