AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN 

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, beliau menerima beberapa keluhan pengunjung tentang harga makanan yang mahal dan berharap peniaga sentiasa jujur dan mengekalkan etika perniagaan.

“Saya merayu kepada peniaga supaya pastikan harga berpatutan dan tidak menekan pelancong dan pengunjung semasa PRK. Kita kena kekalkan tarikan di Port Dickson supaya mereka datang lagi selepas ini.

“Kalau mereka jual mahal, jangan salahkan pengunjung sebab tidak datang ke gerai mereka. Jangan ambil kesempatan kerana kita mahu imej Port Dickson yang mesra pelanggan dan mementingkan kebersihan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Aminuddin, beliau meminta pengunjung membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya peniaga yang menaikkan harga makanan dan barangan sesuka hati disiasat dan dikenakan tindakan tegas. - UTUSAN ONLINE