Pelbagai janji yang ditabur sejak 10 tahun lalu ternyata sekadar untuk memikat pengundi semasa kempen pilihan raya, namun ak-hirnya tugas sebagai wakil rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan sebenarnya.

Tidak ada gunanya meme­na­ng­kan seseorang calon dan menghantarnya ke Parlimen jika gagal membawa suara dan aspirasi pe­ngundi.

Masyarakat di Seremban kini mula menyedari bahawa pem­­ba­ngunan tidak mungkin dapat direalisasikan pemim­pin DAP yang mereka pilih dalam dua pilihan raya umum (PRU) lalu.

Sebaliknya, mereka melihat bahawa kemajuan dan usaha menjaga kepentingan penduduk di Parlimen itu telah digalas sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Pusat.

Dengan mengetepikan perbezaan politik, pelbagai program tetap direncana tanpa menganaktirikan mana-mana pihak di kawasan berkenaan.

Bagi Ketua Pemuda MCA Ke­bangsaan, Datuk Chong Sin Woon, perkara itu dapat di­lihat da­lam pelbagai projek yang di­jalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Ujarnya, contoh terbaik adalah pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang bakal mewujudkan kawasan pertumbuhan ekonomi baharu seluas 108,000 hektar yang akan turut melibatkan Seremban, selain Ni­lai dan Port Dickson.

Beliau yang diumumkan sebagai bakal calon BN bagi Parlimen Seremban baru-baru ini berkata, projek itu akan mengubah landskap ekonomi negeri ini yang akan menyaksikan limpahan pembangunan dari Lembah Klang sekali gus menguntungkan warga Seremban.

“Kalaulah Seremban di bawah BN pasti ahli Parlimennya dapat berperanan lebih besar.

Banyak peruntukan boleh diminta daripada kerajaan dan bermacam perkara boleh dibuat untuk penduduk.

“Malangnya ketika ini yang rugi adalah rakyat kerana memi­lih wakil yang hanya gemar membuat tohmahan dan cerita politik. Sia-sia sahaja beri peluang kepada parti DAP sejak 10 tahun lalu dan sudah tiba masa untuk berubah,” katanya di sini baru-baru ini.

Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, kegagalan pembangkang juga ketara di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik mereka dalam Parlimen berkenaan apabila kebanyakan wakil rakyat mereka kurang dikenali ekoran jarang turun padang.

Katanya, BN pula terus menyediakan kemudahan untuk orang ramai antaranya Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang dibuka di Ampangan baru-baru ini dan projek pembinaan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, Parlimen itu mempunyai komposisi ma­sya­rakat majmuk yang tinggal di pelbagai lokasi iaitu pusat bandar, pinggir bandar serta kawasan pe­dalaman yang mempunyai keperluan dan tuntutan berbeza.