MOHAMAD HASAN
MOHAMAD HASAN

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan untuk menghentikan aktiviti tersebut, namun setelah diteliti dan diperhalusi, mantai akan diteruskan dengan beberapa perubahan.


“Mantai tahun ini akan ada perubahan dari segi harga kerana tahun lepas, harga daging yang ditawarkan terlalu murah berbanding harga pasaran.


“Kali ini kita akan jual pada harga kurang 10 peratus sahaja dari harga pasaran selain tidak lagi membawa penternak kecil kerana prosesnya akan mengambil masa yang lama,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.


Tahun lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan untuk menghentikan aktiviti Mantai Perdana yang dianjurkan sejak beberapa tahun lalu kerana dikatakan tidak mencapai matlamat asal. - UTUSAN ONLINE