Laluan Sutera ini merupakan menu legenda silam dengan sajian eksotik negara-negara purba bermula dari utara China hingga berakhir di Rome, Itali.

Tarikan utama bufet berbuka puasa Laluan Sutera ini ialah bermula dengan sajian dari Xi’an di Utara China, kemudian ber­alih kepada sajian Dunhuang di sebelah Barat, menampilkan pula masakan Mongolia sebelum memper­kenalkan menu dari negara-negara Asia Tengah iaitu Kyrgystan, Kazakhstan dan Uzbekistan.

Laluan Sutera kemudiannya bertukar menu terus ke Barat memasuki Afghanistan, Iran, Iraq, sebelum memperkenalkan menu masakan Semenanjung Arab dan Syria sehingga ke pinggir Laut Me­diterranean.

Dari sini, Laluan Sutera me­ngambil laluan air merentasi Laut Mediterranean ke Istanbul, sebe­lum melalui bahagian terakhir ia­itu perjalanan ke Rom.

Penyediaan menu eksotik ini diketuai oleh Eksekutif Chef KSGCC, Chef Odeng yang mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam menyediakan maka­nan dari wilayah-wilayah itu.

Satu lagi tarikan menarik bagi penggemar bufet berbuka puasa ialah menu Laluan Sutera KSGCC akan menyaksikan pelbagai rasa berbeza hidangan ‘favorite’ bufet berbuka puasa iaitu ‘kam­bing panggang’ dan pelbagai jenis daging panggang dan bakar de­ngan resepi dan ramuan wilayah-wilayah dalam Laluan Sutera.

Bagi mempromosi sajian eksotik ini, pihak KSGCC baru-baru ini telah menjemput wakil-wakil media untuk menikmati juadah yang akan diperkenal dan dihidangkan sepanjang bulan puasa.

JENIS SAJIAN

Tarikan utama bufet berbuka puasa di KSGCC ialah kambing dan pelbagai daging yang dipanggang di dalam tanah, dalam apa yang dipanggil ketuhar shuwa, satu gaya masakan dari Asia Ba­rat.

Kambing atau daging akan di­­salut dengan ramuan te­bal rem­pah-ratus berbeza sebelum dibalut dan dimasukkan ke dalam lubang bawah tanah yang telah dimasukkan bara yang sangat panas.

Bersama-sama kambing atau daging tadi turut dimasukkan beberapa bahan rahsia yang turut sama dipanggang untuk menghasilkan rasa yang unik.

Apabila kambing atau daging yang dibalut ini diangkat keluar, terhasillah satu rasa yang isti­mewa lazat di mana kesemua bahan yang dipanggang te­lah bercampur rasanya di dalam kambing atau da­ging yang dipanggang, dengan satu lapisan rempah tebal yang garing terbentuk di bahagian luar da­ging.

Sepanjang 24 ha­ri Bufet, Menu La­­luan Sutera yang berbeza akan disajikan. KSGCC akan membawa tetamu se­panjang Laluan Su­tera untuk merasai ke­­lazatan sajian yang di­nikmati pe­dagang Lalu­an Sutera semasa zaman Iskandar Zulkarnain dalam kembara mereka dari kota Chang’An (dikenali hari ini sebagai Xi’an) sehingga berakhir ribuan batu kemudiannya di ban­dar raya Rom.

KSGCC juga akan menyediakan hidangan berbuka puasa ke­gemaran masyarakat Malaysia ter­masuk masakan kampung, sa­­tay, goreng-goreng dan pelbagai gerai menyediakan juadah se­perti lak­sa dan perlbagai jenis mi, roti canai dan sebagainya.

Marilah bersama KSGCC sepanjang bulan Ramadan dan bersedialah untuk satu penga­laman berbuka puasa yang menakjubkan.