Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Palong, Datuk Lilah Yasin berkata, kerja-kerja pembinaan klinik tersebut akan bermula pada 28 April ini.

“Klinik itu akan turut dibina bersama sebuah kuarters untuk penempatan kakitangan dan petugas klinik.

“Ia bakal memberi manfaat kepada masyarakat kerana akan dilengkapi kemudahan imbasan X-ray digital yang termoden serta kemudahan lif bagi warga emas dan uzur,” katanya selepas merasmikan Program Kesihatan Reproduktif di Balai Raya Felda Palong 8 di sini, hari ini.

Lilah yang juga Penasihat Pa-nel Kesihatan DUN Palong berkata, klinik itu akan turut menyedia­kan rawatan pergigian, ibu dan anak, pesakit luar, kawalan vektor dan klinik kecemasan.

Beliau berkata, pembinaan klinik tersebut dapat memastikan penduduk menerima rawatan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik.