Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keunikan seni tombak, lembing

PSSGM adakan majlis perkhataman serlah keistimewaan silat Melayu

sebahagian pesilat Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) 5
SEBAHAGIAN pesilat Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) menunjukkan aksi dan gaya seni silat Tombak dan Lembing dalam majlis Perkhataman Seni Senjata Tradisional Seni Tombak dan Lembing PSSGM di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

JELEBU 3 Sept. - Kira-kita 200 ahli Persa-tuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menghadiri Majlis Perkhataman Tombak dan Lembing di kawasan air terjun Jeram Toi di sini.

Upacara tersebut amat istimewa kerana jarang dilakukan dengan kali terakhir kira-kira 10 tahun lalu.

Uniknya, bagi PSSGM kaedah perkhataman seumpama itu mestilah dijalankan di kawasan air terjun sekali gus dapat menggambarkan keistimewaan seni persilatan Melayu kepada umum.

Setiausaha PSSGM, Dr. Rosman Ismail berkata, seramai 35 jurulatih silat berjaya menamatkan kursus tombak dan lembing yang diadakan kali ini.

Katanya, tujuan utama majlis itu adalah untuk mengembalikan kesinambungan permainan senjata tradisional lembing atau tombak dalam kalangan seni silat Melayu.

“Sepanjang kursus berlangsung, mereka perlu menghabiskan modul yang dijalankan antaranya asas pergerakan, senaman lembing, asas mengelak serangan menggunakan lembing, tempur lembing berpasangan dan petua guru tua.

“Program yang diadakan selama empat hari adalah untuk memastikan ilmu seni itu tidak terkubur dek arus zaman,” kata­nya di sini.

Upacara perasmian perkhataman disempurnakan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Dr. Rais Yatim.

Yang turut hadir waris mutlak PSSGM, Datuk Siti Fadzillah Datuk Meor Abd. Rahman; Yang Dipertua (YDP) PSSGM, Datuk Hanif Koslan dan YDP PSSGM ne-geri, Datuk Ishak Hassan.

Sementara itu, Rais ketika ditemui berkata, seni silat bukan sahaja dapat menjadi benteng dalam mempertahankan diri te­tapi juga membentuk sahsiah dan jati diri mereka yang mempelajarinya.

Beliau menyifatkan upacara tersebut sebagai istimewa dan berharap persatuan serta pertubuhan silat supaya mempromosi seni tersebut kepada masyarakat.

“Jangan salahkan generasi muda kalau mereka menyertai seni pertahanan diri selain daripada silat. Mungkin mereka ada persepsi bahawa silat kurang dipromosikan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain