Seorang penduduk, Kamaruzaman Ali, 58, berkata, keretakan di kediaman tersebut mula berlaku selepas kerja-kerja membaiki cerun oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kira-kira 50 meter di belakang deretan kediaman, November tahun lalu.

Pemilik restoran di Paroi itu mendakwa, kerja menanam cerucuk menyebabkan rumah­nya dan beberapa rumah di kawasan itu termasuk jalan raya, mulai retak akibat gegaran dan semakin teruk sejak beberapa bulan lalu.

“Kami sekeluarga tidak berani untuk tinggal di rumah pada waktu siang kerana bimbang bahagian dapur yang rosak dan retak akan roboh bila-bila masa.

“Setiap hari, saya bersama isteri dan lima anak akan berada di kedai makan di Paroi dan pulang ke rumah sekitar pukul 11 malam hanya untuk tidur," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kamaruzaman berkata, kea-daan rumahnya itu turut meng­akibatkan air hujan mudah ma­suk melalui bahagian dinding yang pecah.

“Sudah banyak kali saya dan penduduk yang terjejas membuat aduan kepada MPS namun sehingga kini, masih tiada sebarang penyelesaian walaupun sudah ramai kontraktor MPS datang melihat keadaan rumah.

“Kebanyakan kontraktor memberi alasan kerja pembaikan tidak dapat dilakukan ketika ini kerana keadaan tanah yang kurang sesuai,” katanya.

Sementara itu jirannya, Ha-yati Sharudin, 43, berkata, keadaan rumah yang retak te-ruk turut mengakibatkan ba­panya yang berusia 80-an ce­dera terkena batu yang jatuh dari dinding.

Pensyarah di Port Dickson itu berkata, sejak kejadian itu dia kini bimbang untuk meninggalkan bapanya di rumah kerana tidak mahu kejadian sama berulang.

“Saya tinggal di sini sejak 35 tahun lalu dan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Namun sejak kerja-kerja menanam cerucuk dilakukan di kawasan belakang rumah, banyak kerosakan berlaku termasuk lantai mendap, dinding retak dan pecah,” katanya.

Hayati berkata, bahagian rumah yang teruk terjejas adalah di ruang dapur dan bilik selain kos untuk membaik pulih keseluruhan kediamannya dianggarkan berjumlah RM120,000.

AMPANG JAYA 28 Okt.

KIRA-KIRA 3,000 penghuni Flat Taman Industri, Lembah Jaya di sini merayu pihak berw